EKSPO PENGUBATAN ISLAM, 14-17 NOVEMBER 2013

Kisah Benar : Siapa Tengku Khairuddin ?


Kisah ini berlaku ketika Ustaz Nabil Mahathir, isteri dan pembantunya, Encik Shamsol dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang.

Perjalanan melalui jalan Gua Musang sememangnya mencabar. Jalannya yang sunyi dan dikelilingi hutan belantara adalah satu ‘keseraman’ kepada para pemandu lebih-lebih lagi pada waktu malam. Tetapi kisah ini dikisahkan kepada saya, berlaku pada waktu siang!

Sewaktu mereka sampai di suatu tempat, ditakdirkan tayar kereta Myvi yang mereka naiki pancit dan terpaksa berhenti di tepi jalan. Encik Shamsol menggalas tanggungjawab untuk menukar tayar spare. Tayar dikeluarkan daripada Boot kereta dan Ustaz Nabil cuba membantunya.

Dalam masa tidak berapa lama selepas itu, ada sebuah lagi kereta berjenis Waja juga berhenti di tepi jalan. Encik Shamsol memerhatikan kereta tersebut dan didapati tayar kereta Waja itu juga pancit!

Dalam suasana yang sunyi dan di tepi hutan itu, terdapat 2 kereta yang kebetulan pancit di tepi jalan!

Read more »

Selamat Tahun Baru 2013 Daripada Team Al Afiah!



Sebagai ucapan tahun baru, kami di Team Al Afiah memohon seribu kemaafan andai kata tersilap dan tersalah dalam setiap tindakan kami.

Sepanjang tahun 2012, kami telah mengembara ke seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura untuk berjumpa dengan para pesakit disamping dapat kita berkenal-kenalan di antara satu sama lain.

Telah banyak kes yang kami temui dan kita telah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan setiap masalah atau penyakit yang hadir.

Sebagai hamba Allah, kita perlu menginsafi bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Ubat adalah usaha atau asbab tetapi kesembuhan itu adalah atas keizinan-Nya jua. Insya-Allah.

Terlalu banyak kes sihir yang terjadi di kalangan masyarakat kita. Target kita sebagai Muslim, haruslah berusaha dan menghindari setiap perkara-perkara yang syirik dan tidak menganiaya saudara kita yang lain dengan sihir. 

Disamping tidak syirik dengan mempercayai perkara-perkara khurafat, kita usah pula tidak percaya dengan alam jin dan terus menolak misteri alam jin tersebut. 

Hal ini kerana jin adalah makhluk Allah yang Allah telah firmankan kewujudan JIN di dalam Al-Quran. Cuma kita tidak boleh menjadikan jin sebagai kawan kerana kita adalah khalifah Allah di muka bumi dan hanya kepada Allah sahaja kita meminta pertolongan.

Semoga tahun 2013 adalah tahun yang baik untuk kita semua.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2013. SEMOGA KITA DIRAHMATI ALLAH. INSYA-ALLAH!

Team Al Afiah Beraksi Membunuh Jin Di Kompleks Beli-Belah


Oleh : JAMAL RAFAIE

Saya bersama Ustaz Nabil Mahathir dan pengurus Team Al Afiah (Encik Shamsol) pergi ke sebuah Kompleks membeli-belah yang terletak di utara tanah air. Tujuan kami ke sana adalah kerana jemputan pengerusi dan persatuan peniaga Kompleks tersebut bagi membantu menyelesaikan masalah ‘gangguan’ yang membimbangkan mereka.

Mengikut laporan yang kami terima daripada Pengerusi ialah kerap kali terjadinya kejadian yang tidak diingini berlaku di Kompleks ini semenjak ianya dibuka kepada orang ramai. Ada pelanggan yang tiba-tiba pengsan, ada juga yang histeria secara tiba-tiba dan ada peniaga yang nampak lembaga hitam berkeliaran di waktu malam.

Disebabkan itu, bermula sahaja pukul 7 malam, para peniaga sudah tidak berani berada di kedai dan akhirnya Kompleks berkenaan ‘berkubur’ sebelum tiba waktunya.

Membawa ke tengah malam, mungkin Kompleks Membeli-Belah itu sudah menjadi RUMAH HANTU gamaknya!

Read more »

Bayaran Rawatan Di Pusat Rawatan Kami?

Ustaz Nabil ketika menziarahi pesakit di rumah mereka


Perkara yang sering ditanya kepada kami ialah berapakah kos rawatan apabila mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan kami.

Penjelasannya :

1. JIKA MENDAPATKAN RAWATAN DI PUSAT RAWATAN?

Bagi pesakit yang datang sendiri ke Pusat Rawatan kami sama ada di Taman Melati atau Batang Kali, bayaran yang dikenakan adalah mengikut air penawar yang tuan-tuan dan puan-puan perlukan.

Setiap botol Air Penawar Al Afiah hanya berharga RM 10 sebotol. Jika ambil 2 botol, kiranya RM20 dan bertambah mengikut keperluan dan jumlah botol yang diambil.

Bayaran rawatan untuk Pengamal Perubatan? Bayaran untuk pengamal perubatan kami adalah mengikut kemampuan pesakit sendiri. Kami tidak menetapkan bayaran yang tertentu dan ianya terpulang kepada pesakit untuk membayar seikhlas hati kepada Ustaz Nabil.

2. JIKA TEAM AL AFIAH DATANG KE RUMAH ANDA?

Kami pernah mengembara ke Brunei, Sabah Sarawak, Singapura, Indonesia dan seluruh Semenanjung Malaysia. Oleh itu, Team Al Afiah juga boleh datang ke rumah anda untuk membuat rawatan mengikut jemputan tuan-tuan dan puan-puan.

BERAPAKAH YANG PERLU DIBAYAR UNTUK DATANG KE RUMAH? Sekali lagi, kami tidak meletakkan bayaran yang tetap. Cuma kami memerlukan dana yang berpatutan untuk kos perjalanan ke rumah tuan-puan seperti PETROL, TOL, MAINTANANCE KERETA, PEMANDU, MAKAN MINUM dan sebagainya.

Kadar Air Penawar adalah sama, RM 10 sebotol tidak termasuk kos perjalanan. Bagi upah mengubat pula, juga tidak ada bayaran yang tetap. Terserah kepada anda untuk memberi kepada Ustaz Nabil mengikut kesesuaian.

(Dinasihatkan untuk jemputan ke rumah hanya untuk kes-kes yang berat dan serius. Jika dirasakan kes itu agak ringan, dijemput anda datang terus ke Pusat Rawatan kami)

Jika anda berminat untuk membuat temujanji atau menjemput Team Al Afiah ke rumah anda. Boleh berhubung dengan Pengurus Team Al Afiah di talian 011-15683771 (En. Shamsol).

Semoga Allah memudahkan urusan kita bersama dan meletakkan kita dalam rahmat-Nya.

Sekian,

Wasalam. Barakallah.

12 Tahun Tak "Bersama" Isteri?


(Kisah ini kami kongsikan buat tatapan semua agar ianya menjadi satu pedoman kepada kita dalam menghadapi hidup berumahtangga)

Kami berjumpa dengan sepasang suami isteri yang sudah 12 tahun berkahwin tetapi masih tidak mempunyai zuriat. Masalah tiada zuriat adalah perkara yang biasa kita dengar di kalangan masyarakat kita, tetapi kisah pasangan ini ada uniknya.

Si Isteri adalah seorang yang diminati ramai sebelum mereka mendirikan rumahtangga. Ramai lelaki yang cuba memikat dan meminang wanita tersebut tetapi beliau menolak dengan baik untuk lamaran yang diterima. Akhirnya wanita tersebut menerima lamaran lelaki pujaannya iaitu suaminya sekarang.

Oleh kerana itu, ramai lelaki yang iri hati!

Sepanjang mereka berkahwin, terjadi sesuatu yang kurang senang di antara mereka. Apabila tiba waktu malam, isteri akan mula buat perangai. Dikatanya panas, tidak mahu lihat muka suami dan akhirnya mereka tidur berasingan di bilik yang berlainan.

Perkara ini berlarutan begitu lama.

Read more »

Powered by Blogger.

Popular Posts

Blogger templates