12 Tahun Tak "Bersama" Isteri?


(Kisah ini kami kongsikan buat tatapan semua agar ianya menjadi satu pedoman kepada kita dalam menghadapi hidup berumahtangga)

Kami berjumpa dengan sepasang suami isteri yang sudah 12 tahun berkahwin tetapi masih tidak mempunyai zuriat. Masalah tiada zuriat adalah perkara yang biasa kita dengar di kalangan masyarakat kita, tetapi kisah pasangan ini ada uniknya.

Si Isteri adalah seorang yang diminati ramai sebelum mereka mendirikan rumahtangga. Ramai lelaki yang cuba memikat dan meminang wanita tersebut tetapi beliau menolak dengan baik untuk lamaran yang diterima. Akhirnya wanita tersebut menerima lamaran lelaki pujaannya iaitu suaminya sekarang.

Oleh kerana itu, ramai lelaki yang iri hati!

Sepanjang mereka berkahwin, terjadi sesuatu yang kurang senang di antara mereka. Apabila tiba waktu malam, isteri akan mula buat perangai. Dikatanya panas, tidak mahu lihat muka suami dan akhirnya mereka tidur berasingan di bilik yang berlainan.

Perkara ini berlarutan begitu lama.

Si suami mengambil keputusan untuk pergi membawa isterinya berubat dengan seorang bomoh. Dalam sesi perubatan itu, Bomoh mengatakan ada seseorang yang telah mengantar sihir kepada isterinya kerana kecewa lamarannya ditolak oleh si isteri. Bomoh tersebut turut memberi seutas tangkal kepada suami yang katanya tangkal tersebut akan menjaga mereka di rumah dan mengembalikan keintiman suami isteri.

Namun lain pula jadinya. Masalah yang pada mulanya melibatkan isteri telah menjalar kepada suaminya. Kini, masalah suami lebih berat! Si isteri sudah mula mahu mendekati suami tetapi lain pula jadinya kepada suami.

Maaf cakap, setiap kali mahu 'bersama', kemaluan suami akan membengkak dan tidak tahu mengapa perkara itu berlaku. Mereka ke klinik dan Doktor mengatakan suami tidak menghidapi apa-apa penyakit kelamin.

Mereka menjadi lebih bingung!

Ditakdirkan mereka menghubungi Ustaz Nabil bagi mendapatkan rawatan. Seperti biasa, Ustaz Nabil akan scan pesakitnya terlebih dahulu dan menyiasat sedalam-dalamnya bagi mendapatkan punca penyakit sebelum membuat rawatan.

Menurut Ustaz Nabil, "Penyakit yang ada pada abang lagi teruk daripada sihir yang ada pada kakak. Dikhuatiri bomoh yang abang jumpa memberi khadam (jin) untuk menjaga abang dan kakak. Sekarang yang dok kacau rumah ni ialah jin yang bomoh bagi"

"Lepas ni abang buang tangkal yang Tok Bomoh bagi kat abang. Benda tu yang dok kacau sangat-sangat ni. Abang dan Kakak kena banyak sabar dan jangan cepat marah. Jin tu hasut kita marah untuk runtuhkan rumahtangga ni"

Ustaz Nabil membaca ayat Quran dan menghembuskan ke dalam air penawar Al Afiah. Juga menjalankan rawatan kepada mereka.

"Dah berapa lama abang tak tidur sekali dengan kakak?", Ustaz Nabil bertanya.

"Dah hampir 12 tahun", jawab suami.

"Masya-Allah! Lama tu! Baguslah Abang dan Kakak banyak sabar. Insya-Allah, semoga Allah bagi kesembuhan dan Allah kurniakan zuriat",terkejut Ustaz Nabil.

"Walau pun semuanya ini berlaku, kami tetap saling sayang-menyayangi. Alhamdulillah", kata abang sambil tersenyum.

Kami juga turut tersenyum.

12 tahun? Sabar sungguh abang itu!

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Popular Posts

Blogger templates