Biodata Pengamal



USTAZ NABIL BIN MAHATHIR AL-HAFIZ:
Beliau dilahirkan di Madinah Al-Munawarah dan merupakan seorang OKU Cacat Penglihatan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena Alor Setar Kedah semasa umur 4 tahun. Kemudiannya ketika berusia 9 tahun, beliau menyambung pelajaran ke Maahad Tahfiz Derga di Alor Star Kedah. Seawal usia 11 tahun, Ustaz Nabil Al-Hafiz telah menyambung pelajarannya di International University Of Africa Khartum, Sudan dalam bidang Ijazah Al-Quran dan Bahasa Arab selama 3 tahun. Selepas pulang ke Malaysia, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik selama 1 tahun. Ustaz Nabil Al-Hafiz juga menuntut dalam bidang komputer di Digital Village, Kedah dan seawal usia 15 tahun jugalah beliau memulakan kerjayanya sebagai Juruteknik Komputer dan Software. Mimos adalah salah satu syarikat yang pernah mendapatkan khidmat beliau di Unit Networking dan Programming.

SEJARAH PERUBATAN ISLAM
Ustaz Nabil Al-Hafiz mula melibatkan diri dalam Perubatan Islam pada umur 14 tahun. Kaedah yang digunakan adalah gabungan Aura Meta Fizik dan Ayat-Ayat Al-Quran. Beliau mempelajari ilmu perubatan islam semasa menuntut di Sudan.

TEKNIK ASAS YANG DIGUNAKAN
Berikut adalah teknik asas penyembuhan aura syifa yang digunakan oleh Ustaz Nabil di dalam kebanyakan proses rawatan kepada pesakit. Mengenal pasti tahap aura pesakit melalui pengunaan dan kepekaan tangan, keupayaan panca indera keenam (sixth sense) dan komunikasi dengan pesakit. Melalui kaedah ini sebagai contoh perawat boleh mengetahui sama ada pesakit mengalami gangguan sihir, jin ataupun saka. Masalah dan sakit fizikal juga boleh ditentukan dengan cara yang sama untuk sesetengah keadaan. Menjalankan dan memulakan proses pembersihan secara umum dan setempat bagi tujuan mengeluar dan menyahkan aura negatif dari badan pesakit. Pemberian atau pemindahan tenaga aura yang positif kepada pesakit oleh perawat. Penamatan rawatan dan penyediaan bahan-bahan seperi air syifa untuk digunakan untuk di minum dan mandi.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Popular Posts

Blogger templates