Selamat Tahun Baru 2013 Daripada Team Al Afiah!



Sebagai ucapan tahun baru, kami di Team Al Afiah memohon seribu kemaafan andai kata tersilap dan tersalah dalam setiap tindakan kami.

Sepanjang tahun 2012, kami telah mengembara ke seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura untuk berjumpa dengan para pesakit disamping dapat kita berkenal-kenalan di antara satu sama lain.

Telah banyak kes yang kami temui dan kita telah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan setiap masalah atau penyakit yang hadir.

Sebagai hamba Allah, kita perlu menginsafi bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Ubat adalah usaha atau asbab tetapi kesembuhan itu adalah atas keizinan-Nya jua. Insya-Allah.

Terlalu banyak kes sihir yang terjadi di kalangan masyarakat kita. Target kita sebagai Muslim, haruslah berusaha dan menghindari setiap perkara-perkara yang syirik dan tidak menganiaya saudara kita yang lain dengan sihir. 

Disamping tidak syirik dengan mempercayai perkara-perkara khurafat, kita usah pula tidak percaya dengan alam jin dan terus menolak misteri alam jin tersebut. 

Hal ini kerana jin adalah makhluk Allah yang Allah telah firmankan kewujudan JIN di dalam Al-Quran. Cuma kita tidak boleh menjadikan jin sebagai kawan kerana kita adalah khalifah Allah di muka bumi dan hanya kepada Allah sahaja kita meminta pertolongan.

Semoga tahun 2013 adalah tahun yang baik untuk kita semua.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2013. SEMOGA KITA DIRAHMATI ALLAH. INSYA-ALLAH!

Team Al Afiah Beraksi Membunuh Jin Di Kompleks Beli-Belah


Oleh : JAMAL RAFAIE

Saya bersama Ustaz Nabil Mahathir dan pengurus Team Al Afiah (Encik Shamsol) pergi ke sebuah Kompleks membeli-belah yang terletak di utara tanah air. Tujuan kami ke sana adalah kerana jemputan pengerusi dan persatuan peniaga Kompleks tersebut bagi membantu menyelesaikan masalah ‘gangguan’ yang membimbangkan mereka.

Mengikut laporan yang kami terima daripada Pengerusi ialah kerap kali terjadinya kejadian yang tidak diingini berlaku di Kompleks ini semenjak ianya dibuka kepada orang ramai. Ada pelanggan yang tiba-tiba pengsan, ada juga yang histeria secara tiba-tiba dan ada peniaga yang nampak lembaga hitam berkeliaran di waktu malam.

Disebabkan itu, bermula sahaja pukul 7 malam, para peniaga sudah tidak berani berada di kedai dan akhirnya Kompleks berkenaan ‘berkubur’ sebelum tiba waktunya.

Membawa ke tengah malam, mungkin Kompleks Membeli-Belah itu sudah menjadi RUMAH HANTU gamaknya!

Read more »

12 Tahun Tak "Bersama" Isteri?


(Kisah ini kami kongsikan buat tatapan semua agar ianya menjadi satu pedoman kepada kita dalam menghadapi hidup berumahtangga)

Kami berjumpa dengan sepasang suami isteri yang sudah 12 tahun berkahwin tetapi masih tidak mempunyai zuriat. Masalah tiada zuriat adalah perkara yang biasa kita dengar di kalangan masyarakat kita, tetapi kisah pasangan ini ada uniknya.

Si Isteri adalah seorang yang diminati ramai sebelum mereka mendirikan rumahtangga. Ramai lelaki yang cuba memikat dan meminang wanita tersebut tetapi beliau menolak dengan baik untuk lamaran yang diterima. Akhirnya wanita tersebut menerima lamaran lelaki pujaannya iaitu suaminya sekarang.

Oleh kerana itu, ramai lelaki yang iri hati!

Sepanjang mereka berkahwin, terjadi sesuatu yang kurang senang di antara mereka. Apabila tiba waktu malam, isteri akan mula buat perangai. Dikatanya panas, tidak mahu lihat muka suami dan akhirnya mereka tidur berasingan di bilik yang berlainan.

Perkara ini berlarutan begitu lama.

Read more »

Pengumuman Cuti Raya Haji


Team Al Afiah mengumumkan bahawa Ustaz Nabil sudah mula bercuti untuk Raya Haji ini. Bermakna Pusat Rawatan di Taman Melati ditutup bagi memberi laluan sepanjang Hari Raya Haji.

WALAU BAGAIMANAPUN :

Ustaz Nabil boleh dihubungi di talian 012-2784668 dan boleh mendapatkan rawatan di rumah keluarga beliau di Alor Setar yang beralamat:

D-8, Taman Wira Mergong,
Jalan Sultanah Bahyah, Alor Setar, Kedah.
(Bersebelahan Kolej Universiti Insaniah)

Terima kasih dan Team Al Afiah mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. Semoga korban kita diterima Allah.

Pentingnya Membuat Temujanji Dengan Kami



"Ustaz, kami dah ada kat depan rumah Ustaz ni. Ustaz kat mana?", tanya seorang pesakit kepada Ustaz Nabil melalui telefon.

Masya-Allah! Kadang-kadang ada pesakit yang datang hanya dapat BALIK selepas itu. Kami mengharapkan kepada semua yang ingin hadir ke Pusat Rawatan kami untuk menelefon terlebih dahulu sebelum hadir.

Team kami sering ada jadual di luar dan kurang berada di Pusat Rawatan. Dimudahkan cerita, diminta untuk membuat temujanji terlebih dahulu dan menepati waktu dalam setiap temujanji yang telah dipersetujui.

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua dan memberi kesembuhan kepada semua.

Terima Kasih dari Team Al Afiah.

Team Al Afiah Ke Singapura


Team Al Afiah akan berada di Singapura pada 2 Oktober 2012 di sekitar kawasan Geylang.

Kepada orang Singapura yang hendak mendapatkan rawatan dari Ustaz Nabil tidak kira orang Singapura atau orang-orang sekitar Johor Bahru boleh menghubungi Ustaz Nabil di talian 012-2784668.

Kami akan menginap di :

Hotel 81 Classic,
12 Joo Chiat Road
Singapore 427353

Welcome To Singapore!!

Si "Celik" Di Teluk Cempedak



Di hujung sana kelihatan seorang lelaki sedang dipimpin sahabatnya. Berjalan di atas laluan pejalan kaki yang dibina khas menyusuri pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Lelaki itu seorang buta, harus dipimpin oleh seorang pembantu bernama Sam.

Saya bersama mereka ke Teluk Cempedak Kuantan untuk menikmati keindahan alam. Kunjungan kami ke Kuantan adalah untuk menemankan Ustaz Nabil Mahathir merawat pesakitnya di sana. Ustaz Nabil, seorang yang buta matanya namun diberi banyak kelebihan oleh Allah.

Kita sering melihat kelibat seorang buta yang bertongkat bersama seorang perempuan, menjual tisu dan meminta sedekah di kedai-kedai makan dan di tepi bank. Tetapi bersama Ustaz Nabil, lain pula kisahnya.

Read more »

Powered by Blogger.

Popular Posts

Blogger templates